Monday, November 24, 2014

Roti Bun

Assalamualaikum.

Da lama rasanya nak buat roti. Tapi masih ragu2 bimbang tak menjadi. Tapi dengan berkat kesabaran dan kesungguhan alahamdulillah menjadi roti airtangan saya.

Keluarga saya memang suka roti. Jadi tak rugi rasanya saya mencubanya. Insyallah lepas ni boleh buat selalu. Tapi kena tengok jadual kerja saya juga la..menjahit dan berniaga.
Jom kawan2 kita buat roti sendiri..

Resepi roti bun :
250 gram Tepung Roti / High Protein
50 gram Margerin 
50 gram Gula Kastor
1 sudu teh mauripan
1/2 sudu teh Bread Improver
1 sudu teh Tepung Susu atau Susu Pekat
1/2 sudu teh Garam Halus
1 biji Telur Gred B
105 ml/gram Air Suam (kalau guna mixer kena letak air sejuk)
Cara-caranya :
1)masukkan semua bahan dlm 1 bekas kecuali air,yis & gula
2)sebelum tu kita kena bancuh air suam & gula..pastu baru msuk kan yis ...kacau & biar hingga berbuih
3)pastu kita masukkan air bancuhan gula & yis dlm bekas tadi...gaul rata..kemudian kita keluarkan & uli dekat atas dulang..uli guna tangan lebih kurang 5 mnit
4)pastu tutup dgn plastik ...biarkan selama 30 mnit
5)lepas 30 mnit,doh pun dah kembang
6)bulat-bulatkn doh...lumurkan tangan dengan sedikit tepung untk bagi tak melekat sgt dekat tangan & nak bagi doh tu nampak licin sikit
7)kalau nak letak inti,bulat-bulatkan inti tu dulu
8)isi inti dlm doh pastu boleh susun dlm loyang yang dah dilengserkan dgn marjerin...tutup loyang & biarkan selama 45 mnit - 1 jam
9)untuk sapukan atas doh tu,guna 1 biji telur campurkan 2 sudu besar air atau susu segar
10)bila doh dah kembang baru kita sapu bancuhan telur tu
11)kalau nak letak bijan atas doh pon boleh
12)bakar selama 15-20 mnit pada suhu 18 darjah celcius atau mengikut kesesuaian suhu oven masing-masing
13)bila dah keluarkan dri oven,kita terus sapukan marjerin untuk bagi nampak berkilat










Kek Gulung


Assalamualaikum.

Bertemu lagi dilaman alam maya. Kesibukan masa menjahit itu sebabnya kurang bercerita diblog.
Setelah menyiapkan sebahagian tempahan jahitan baru rasa selesa bercerita.

Masak dan menjahit keduanya saya suka. Jadi buatnya pun seiring. Penat menjahit buat kuih pula.
Kali ini saya pamerkan hasil airtangan buat kek gulung inti blueberry. Alhamdulillah hasilnya menjadi.

Disini saya sertakan resepinya utk kawan2 mencubanya. Selamat mencuba..

Resepi :
Bahan A
3 biji kuning telur
75gm gula kaster
50ml air
40ml minyak jagung / minyak masak
80gm tepung gandum - ayak
1 sudu teh esen vanilla 
Bahan B
3 biji putih telur
2 sudu teh gula kaster
1/8 sudu teh cream of tartar
Cara-cara :
1. Pukul bahan B hingga kembang dan bertanduk. Ketepikan.
2. Pukul kuning telur dan gula hingga kembang di ikuti air, minyak, esen vanila dan tepung. Pukul dengan kelajuan tinggi hingga putih dan gebu. Kaup balikkan dengan adunan B hingga bergaul rata.
3. Ketepikan 2 1/2 sudu besar adunan (tambah pewarna pink) dan 2 sudu besar adunan (tambah pewarna hijau). Masukkan kedua-dua adunan ke dalam piping bag kecil yang di gunting sedikit muncungnya. Pipe ke atas loyang bentuk strawberry dan daun.
4. Bakar didalam oven yg telah dipanaskan terlebih dahulu 170 degree selama 1 minit. Angkat dan ketepikan.
5.Tuang baki adunan ke atas corak strawberry yg telah dibakar tadi. Ratakan dengan spatula. Bakar selama 10-15 minit pada suhu 170C.
6. Keluarkan dari oven dan sejukkna di atas redai kek.
7. Terbalikkan dan sapu cream. Gulung perlahan-lahan. Celup lidi didalam coklat emulco untuk membuat corak biji strawberry.









Tuesday, October 21, 2014

Alas Peti Sejuk



Kepada sesiapa yang berminat dengan alas peti sejuk dan alas oven boleh hubungi saya.
Menggunakan kain yang bermutu tinggi ( heavy cotton)

Alas Peti Sejuk - rm60.00 - rm75.00


tele./wspp/call : 0137385273
email : rafeahsahari@gmail.com





















Saturday, September 27, 2014

Apron & Glove Oven


Assalamualaikum,

Hasil jahitan yang terbaru dari saya.
Kelengkapan sut memasak yang cantik, corak yang menarik, jahitan yang kemas dan kain yang bermutu tinggi (heavy cotton)
Bagi yang berminat hubungi saya :

Price : RM36.00 (glove & apron)
Postage : RM9.00

Contact :Telegram,whatsapp,pm,email
Whatsapp : 0137385273
Email : rafeahsahari@gmail.com

























Tuesday, September 23, 2014

Kek Coklat Moist


Menu utk minum ptg ari ni..kek coklat moist n cup cakes.
Sebenarnya saya kurang minat dgn kek coklat. Tapi anak2 teramat la.. suka dgn kek ni.
Atas permintaannya malam tadi maka saya tunaikan tengahari ni.

Balik dri sekolah tengok kek atas meja sorak "ibu bestnya.." Alhamdulillah terima kasih .
Puas rasanya bila tengok anak2 makan hasil airtangan sendiri.








Monday, September 22, 2014

Kenangan Sewaktu Mengerjakan Umrah

Assalamualaikum.

Salam ceria utk semua..salam kerinduan saya dan suami sewktu berada di tanah suci Mekah dan Madinah.
Kerinduan beribadat di rmah Allah dan bersujud di halaman Raudah tak pernah hilang dari ingatan.
Walaupun hanya 14 hari di bumi Allah, bersyukurnya takkan hilang sampai bila2.

Bulan Zulhijjah 1435 bulan umat islam menunaikan rukun islam yg ke 5. Semakin terasa kerinduan di sana.
Doa kami moga dijemput lgi menjadi tetamu Allah bersama anak2 selepas ini. Amin ya Allah..




























Sunday, September 21, 2014

Kek Marble Pelangi

Assalamualaikum.Salam ceria utk semua.
Minggu ni airtangan seorang isteri dan ibu hanya dpt buat kek shja Kek Marble Pelangi. 
Kek yg simple2 je..utk anak2 dan suami. Da lama rasanya saya tak buat kek. Tu yg buat 2 jenis dlm masa seminggu. Yg penting anak2 dan suami suka makan. Jom layan gambar hasil airtangan say








Thursday, September 18, 2014

Cotton Vietnam 2

Cotton Vietnam 

Price : RM65
Postage : RM9
Contact : telegram/wspp 
013-7385273
Email : rafeahsahari@gmail.com











Thursday, September 11, 2014

Glove Oven



Sepasang Sarung Tangan Ketuhar

Harga : rm18.00
Postage :rm6.00
Material : Heavy Cotton

Hubungi: Wspp/Tele.: 0137385273
Email :rafeahsahari@gmail.com











Tuesday, May 27, 2014

Kulit Popia Goreng Bersalut

Assalamualaikum.

Cuti sekolah pertengahan tahun bermula. Bagi ibu2 yg menghantar & mengambil anak sekolah dapat rehat. Tapi bagi saya cuti sekolah adalah hari yg paling bnyak menyengseng lengan baju.

Anak2 seblum tidur da tanya esok masak apa ibu. Dalam kepala ni pun berputar ligat pikir menu utk esok. Kalau boleh smua nak masak.Tapi kena la ikut giliran ye menu2 sekalian.

Order yg pertama dri anak2 kulit popia goreng bersalut. Jom kita tengok resepi & cara2nya ye. Mudah je..

Bahan2:
1 cwn oat/nestum
1 cwn gula
1/2 cwn susu tpg
Kulit popia
Sedikit bancuhan tpg gndum

Cara2:
Gulung kulit popia sapu bancuhan tpg gandum
dipenghujung gulungan - habis.
Gunting - goreng - sejukkan.
Oat & gula kisar halus .
Dlm bekas besar satu kan ( kulit popia + susu tpg +
oat kisar ).

Siap kudapan utk keluarga.
Mudahkan. Selamat mencuba..


















Friday, May 2, 2014

Nasi Arab

Assalamualaikum..

Lama rasanya x makan nasi arab. Tekak ni da lama nak makan tapi anak2 lebih suka KFC,MD & PIZZA.
Kebetulan cikgu blog saya Zaila Mohammad da jual pes nasi mandy ayam saudi. Saya pun trus sambar 5 pek.

Berbaloi bila masak sendiri sedap(ayat pelaris la tu..). Rasanya x rugi masak sendiri. Malahan rugi siapa yg x masak. Puas hati air tangan seorg isteri & ibu(kata2 suami & anak2 la). Jom layan gambar dri dapur saya ye..