Friday, September 20, 2013

Tetamu Allah 2011

Assalamualaikum ,

Jom kita sembang dengan kawan2.kita cerita bab pergi Mekah & Madinah dulu ye.Inikan bulan Zulkaedah( bulan orang pergi menunaikan haji).Jadi aku cerita la ye.Walaupun cerita lama tapi cerita inilah yang paling aku dan suami suka.Berbeza pergi ke tempat2 lain( J-k-r-a & S--g-p-r).

Aku ibadat haji belum tertunai lagi tapi umrah alhamdulillah tahun 2011 selama 16H 14M.Pergi bersama suami.Rasanya kenangan pahit tiada dalam kamus sewaktu buat umrah.Tapi yang manis dan baik banyak sungguh.Alhamdulillah.Segala urusan dipermudahkan.

Perkara yang baik dan manis dapat melakukan ibadah dengan sempurna dengan keadaan sihat.Itu yang utama.Datang dari negara yang berbeza tapi dapat jalinkan hubungan baik dan bertolak ansur dalam banyak urusan.Aku ni jenis orang yang malas nak layan kerenah orang.Itu la jadi mudah urusan.Jangan berebut,bertolak,bergaduh dan banyak lagi yang "ber"depan ayatnya.Niat dalam hati nak buat ibadat dan minta dipermudahkan insallah dapat.

Sewaktu di Madinah(Masjid Nabawi) solat di Raudah,itu yang dikejar oleh setiap umat aku dapat lakukan.Walaupun 2 jam tunggu giliran.ibadat dapat buat dengan sempurna dalam keadaan sihat tubuh badan.Aku pesan pada kawan2 semua banyakkan minum air.Cuaca berbeza ,tenaga banyak guna jadi kita kena minum air banyak tau jangan lupa ye..

Di Mekah aku dapat merasa hujan (malam jumaat tau..).Yang aku hairannya kena hujan demam 1 hari je.Tapi di Malaysia kena gerimis sikit je demam 1 minggu.Inilah kuasa Allah kan .Kita niat nak buat ibadat dipermudahkan segalanya.Setiap kali berdoa airmata macam air paip.Sesiapa dah pernah pergi mesti rasa apa yang aku rasakan.Kata Ustaz Kazim sesiapa yang tak menangis hatinya hitam .Pepatah kita pulak menyatakan hitam itu menawan.Pepatah ni tidak boleh diguna di Mekah (takut hitam semuanya).

Aku berdoa minta diberi tunjuk keajaiban dariNya.Aku dapat.Dalam pernerbangan balik suami ambil gambar awan dari sayap kapalterbang.kawan2 nak tahu bila kami balik rumah dan tengok gambar tu tertulis kalimah Allah dan Yassin diawan.Subhanallah.

Pengajaran dari pengalaman aku dan suami ialah fokus pada ibadat dan mohon doa kepadaNya selalu.Insallah dipermudahkan segala urusan .

Setakat ni dulu  .Lain masa cerita lagi ye .Yang buruk datang dari kita yang baik datang dari Allah.

1 comment:

  1. YA ALLAH,
    best nya pengalaman yang dpt seperti ini.
    Jika dapat share gmbr awan tu alangkah baiknya lah

    ReplyDelete