Tuesday, October 1, 2013

Bermulanya PMR

Asalamualaikum.

Rasanya hari ini setip ibubapa yang mana anaknya menduduki PMR akan rasa berdebar2 seperti saya.
Sayu hati melihat anak melangkah keluar dari pintu rumah .Ya Allah kau berilah ketenangan, kesenangan dan depermudahan menjawab kertas PMR hari ini.

Segala usaha telah dilengkapi dalam menduduki PMR.Sebagai ibubapa hanya doa dan sokongan yang dapat diberikan kepada anak2.Marilah rakan2 kita berdoa untuk anak2 kita yang menduduki PMR hari ini dan yang bakal menduduki SPM tidak lama lagi.

Semoga anak2 kita berjaya dalam impian yang selama ini diidam2kan ( lulus cemerlang ).
Usaha tangga kejayaan, nak seribu daya tak nak seribu dalih, kita berusaha Allah yang menentukan segala2nya.Tunjuk ajar dari guru2 dan sokongan ibubapa adalah perangsang untuk anak2 kita.

Sekian salam ceria dipagi hari.

Monday, September 30, 2013

Kalam Jamai'e & PMR

Assalamualaikum.

Lama rasanya tak bercerita dilaman blog ni. Sebenarnya minggu ini memang terlalu sibuk. Sebagai ibu , surirumah dan pemandu anak2 ke sekolah jadual memang padat. Nak lelapkan mata 10 minit pun rasanya
macam rugi dan tak sempat.

Selama seminggu menghantar anak bongsu latihan kalam jamaie untuk pertandingan peringkat negeri.   Walaupun letih tapi berbaloi.Sekolah anak  dapat johan dan akan bertanding untuk peringkat kebangsaan di Terengganu pada 27 & 28Okt. Pada rakan2 blog yang berada di Terengganu dapat la berpeluang pergi ke Masjid Kristal menyaksikan pertandingan tersebut. Tapi bagi yang duduk luar Terengganu macam saya hanya dapat lambai tangan je la bila anak naik bas. Yang penting doa ibu untuk kejayaan anak2.


Photo: Juara Peringkat Negeri Kalam Jamai'e
Sek.Keb.Dato Onn Jaafar Simpang Renggam.
Tahniah.




Bagi anak yang bakal menduduki PMR pula ibu doakan agar tenang menjawab kertas peperiksaan dan  berjaya mendapat keputusan cemerlang dalam semua subjek .Dan bagi  rakan2 blog sama2 kita doa untuk anak2 kita lulus PMR & SPM dengan  mendapat keputusan yang boleh membanggakan kedua ibubapa.       

Salam ceria untuk kali ini.

Thursday, September 26, 2013

Testimoni Kelas Asas Blog dan Fanpage

Assalamualaikum.

Nak Belajar Asas Blog? Klik Gambar



Saya memulakan berniaga secara kecil-kecilan di rumah sekitar tahun 2000 bagi menambah pendapatan keluarga. Setahun kemudian mencuba pula di pasar malam, setiap hujung minggu. Selepas sekian lama, tergerak pula untuk berniaga secara online tapi tidak tahu bagaimana hendak bermula.

Ketika melayari blog dan facebook seringkali terjumpa nama guru pembimbing, Pn Zaila Mohamad. Perasaan ingin mengetahui dengan lebih lanjut tentang perniagaan secara online ini memungkinkan saya menghubungi beliau. Selepas mengenali beliau dan diterangkan tentang perniagaan online ini, saya pun mendaftarkan diri di Kelas  Asas Blog dan Fanpage dibawah bimbingan Pn Zaila Mohamad. Alhamdulillah saya diajar dengan masa yang ditentukan oleh saya sendiri. Guru online pula boleh dihubungi pada bila-bila masa sahaja.

Disamping belajar untuk menyiapkan blog dan fanpage, saya masih dapat meneruskan aktiviti harian seperti biasa tanpa terganggu. Begitu banyak ilmu yang dikongsikan serta tunjuk ajar yang diberikan termasuklah tip dan kidmat nasihat tentang perniagaan online ini.

Selain dari itu, kami pelajar-pelajar Kelas Asas Blog dan Fanpage yang tidak pernah bersua muka namun tetap mesra di alam maya dan saling membantu mempromosikan blog dan produk rakan.

Kepada yang berminat menyertai kami dalam Kelas Asas Blog dan Fanpage boleh hubungi Pn Zaila di zailamohamad@yahoo.com

TERIMA KASIH CIKGU.



Sunday, September 22, 2013

MMR Dari Allah

Assalamualaikum,

Semalam saya baru mula berniaga dipasar malam.Setelah hampir 2 bulan bercuti.Banyak urusan nak diselesaikan.Alhamdulillah rezeki datang mencurah.Inilah MMR Allah.Berusaha dan jangan lupa kepadaNya.

Dalam minda selalu berfikir nak kembaangkan lagi dalam perniagaan.Alhamdulillah semalam salah seorang teman minta tolong niagakan produk yang dia ada.Beliau tidak tahu selok belok tentang berniaga .Syukur ya Allah rezeki lagi.

Petua cara berniaga mudah sahaja.Hati kena ikhlas,mulut manis berbicara,jangan terlalu berkira dan bersyukur dengan rezeki yang saya dapat.

Setakad ini dulu coretan dari saya.








Friday, September 20, 2013

Telekung Kanak-Kanak Strawberi

-Telekung Strawberi
Price : RM30
Postage : RM6
Colour : Biru/Merah/Merah jambu/Maroon
*sesuai untuk kanak-kanak yang berumur 7 tahun - 10 tahun
*Labuh dari dagu : 82cm
Labuh kain : 94cm
Lebar kain : 57cm

Tetamu Allah 2011

Assalamualaikum ,

Jom kita sembang dengan kawan2.kita cerita bab pergi Mekah & Madinah dulu ye.Inikan bulan Zulkaedah( bulan orang pergi menunaikan haji).Jadi aku cerita la ye.Walaupun cerita lama tapi cerita inilah yang paling aku dan suami suka.Berbeza pergi ke tempat2 lain( J-k-r-a & S--g-p-r).

Aku ibadat haji belum tertunai lagi tapi umrah alhamdulillah tahun 2011 selama 16H 14M.Pergi bersama suami.Rasanya kenangan pahit tiada dalam kamus sewaktu buat umrah.Tapi yang manis dan baik banyak sungguh.Alhamdulillah.Segala urusan dipermudahkan.

Perkara yang baik dan manis dapat melakukan ibadah dengan sempurna dengan keadaan sihat.Itu yang utama.Datang dari negara yang berbeza tapi dapat jalinkan hubungan baik dan bertolak ansur dalam banyak urusan.Aku ni jenis orang yang malas nak layan kerenah orang.Itu la jadi mudah urusan.Jangan berebut,bertolak,bergaduh dan banyak lagi yang "ber"depan ayatnya.Niat dalam hati nak buat ibadat dan minta dipermudahkan insallah dapat.

Sewaktu di Madinah(Masjid Nabawi) solat di Raudah,itu yang dikejar oleh setiap umat aku dapat lakukan.Walaupun 2 jam tunggu giliran.ibadat dapat buat dengan sempurna dalam keadaan sihat tubuh badan.Aku pesan pada kawan2 semua banyakkan minum air.Cuaca berbeza ,tenaga banyak guna jadi kita kena minum air banyak tau jangan lupa ye..

Di Mekah aku dapat merasa hujan (malam jumaat tau..).Yang aku hairannya kena hujan demam 1 hari je.Tapi di Malaysia kena gerimis sikit je demam 1 minggu.Inilah kuasa Allah kan .Kita niat nak buat ibadat dipermudahkan segalanya.Setiap kali berdoa airmata macam air paip.Sesiapa dah pernah pergi mesti rasa apa yang aku rasakan.Kata Ustaz Kazim sesiapa yang tak menangis hatinya hitam .Pepatah kita pulak menyatakan hitam itu menawan.Pepatah ni tidak boleh diguna di Mekah (takut hitam semuanya).

Aku berdoa minta diberi tunjuk keajaiban dariNya.Aku dapat.Dalam pernerbangan balik suami ambil gambar awan dari sayap kapalterbang.kawan2 nak tahu bila kami balik rumah dan tengok gambar tu tertulis kalimah Allah dan Yassin diawan.Subhanallah.

Pengajaran dari pengalaman aku dan suami ialah fokus pada ibadat dan mohon doa kepadaNya selalu.Insallah dipermudahkan segala urusan .

Setakat ni dulu  .Lain masa cerita lagi ye .Yang buruk datang dari kita yang baik datang dari Allah.

Wednesday, September 18, 2013

Telekung Untuk Remaja

-Telekung Sofa-Marwah
Price : RM30
Postage : RM10
Colour : Biru/Merah jambu/Emas/Unggu/Kuning
Contact : SMS/Call : 0137385273
Email : rafeahsahari@gmail.com
*sesuai untuk remaja yang berumur 12 tahun - 15 tahun