Thursday, December 12, 2013

Pengalaman Sewaktu Mengandung

Assalamualaikum.

Seronok baca enty dalam blog dan FB mengenai panduan berpantang. Macam baru merasainya. Walhal da 12 thn saya laluinya.

Banyak juga cerita yang alahan sewaktu mengandung. Termasuklah saya. Saya lalui alahan mabuk yang teruk selama 9 bulan. Hingga diatas katil wad bersalin saya masih muntah. Cuba bayangkan betapa sukarnya hari2 yg saya lalui. Tapi saya kena kuat utk saya dan anak dalam kandungan.

Diawal permulaan mengandung alahan saya tak boleh nampak cahaya lampu warna kuning (lampu ditepi jalan raya dan lampu kereta) mesti muntah. Macam tak logikkan tapi itulah yang saya lalui. Saya terpaksa lepaskan jawatan dipejabat kerana terlalu banyak lampu yang saya akan lalui sepanjang jalan ketempat kerja. Setakad pergi kerja baring dan muntah lebih baik saya pilih berhenti kerja .

Selama 9 bulan mengandung saya tak boleh bau nasi dan lauk pauk. Yang boleh masuk hanyalah mee hoon sup. Alahan yang teruk juga menyebabkan saya tidak mampu buat permeksaan bulanan di klinik. Pemeriksaan dilakukan dirumah oleh jururawat2 terlatih dan sesekali keklinik kerana ada temujanji dengan Doktor.

Pertengahan bulan ke 7 saya mengandung anak dalam kandungan disahkan songsang. Ya Allah macam mana la saya nak lalui semua ini. Dengan nasihat yang diberikan oleh Doktor saya boleh terus buat pemeriksaan dirumah (berbayar la ye) dengan alatan mesin untuk pemeriksaan bayi yang songsang. Syukur anak dalam kandungan kembali dalam kedudukan asal.

Saya bersyukur kepada Allah ,walaupun diberi alahan yang teruk tapi proses bersalin sungguh mudah.  Tidak merasai sakit yang lama hanya 10 mimit sahaja. Jururawat yang menyambut bayi saya pun hairan ,mudahnya awak bersalin. Saya katakan padanya saya lalui alahan mabuk selama 9 bulan. Inilah yang Allah bagi susah proses mengandung senang sewaktu bersalin. Semua yang Allah bagi kepada kita ada rahsia disebaliknya .

Oleh itu kepada ibu2 yang mengalami alahan sewaktu mengandung kena banyak2 bersabar. Yang penting jaga kesihatan diri dan kandungan. Bagi yang beragama Islam amalkan zikir,banyakkan baca surah2 al-quran moga dapat menolong kita disaat getir.

Tangkap ayam pasang jerat,
Jerat diatur menunggu mangsa,
Anak harta dunia akhirat,
Anugerah berharga dari yang Esa.

Sekian dulu pengalaman indah dari saya. Yang buruk datangnya dari saya yang baik datangnya dari Allah. Maaf jika tersilap kata.





No comments:

Post a Comment