Tuesday, May 27, 2014

Kulit Popia Goreng Bersalut

Assalamualaikum.

Cuti sekolah pertengahan tahun bermula. Bagi ibu2 yg menghantar & mengambil anak sekolah dapat rehat. Tapi bagi saya cuti sekolah adalah hari yg paling bnyak menyengseng lengan baju.

Anak2 seblum tidur da tanya esok masak apa ibu. Dalam kepala ni pun berputar ligat pikir menu utk esok. Kalau boleh smua nak masak.Tapi kena la ikut giliran ye menu2 sekalian.

Order yg pertama dri anak2 kulit popia goreng bersalut. Jom kita tengok resepi & cara2nya ye. Mudah je..

Bahan2:
1 cwn oat/nestum
1 cwn gula
1/2 cwn susu tpg
Kulit popia
Sedikit bancuhan tpg gndum

Cara2:
Gulung kulit popia sapu bancuhan tpg gandum
dipenghujung gulungan - habis.
Gunting - goreng - sejukkan.
Oat & gula kisar halus .
Dlm bekas besar satu kan ( kulit popia + susu tpg +
oat kisar ).

Siap kudapan utk keluarga.
Mudahkan. Selamat mencuba..


















Friday, May 2, 2014

Nasi Arab

Assalamualaikum..

Lama rasanya x makan nasi arab. Tekak ni da lama nak makan tapi anak2 lebih suka KFC,MD & PIZZA.
Kebetulan cikgu blog saya Zaila Mohammad da jual pes nasi mandy ayam saudi. Saya pun trus sambar 5 pek.

Berbaloi bila masak sendiri sedap(ayat pelaris la tu..). Rasanya x rugi masak sendiri. Malahan rugi siapa yg x masak. Puas hati air tangan seorg isteri & ibu(kata2 suami & anak2 la). Jom layan gambar dri dapur saya ye..

























Monday, April 28, 2014

Kerabu Mangga

Assalamualaikum.

Rata-rata saya tmgok pokok mangga berbuah dgn bnyaknya ye..Tapi saya jenis x suka buah mangga .
Tpi suami dan anak2 bila nmpak buah mangga mmg terliuh.sngat2.
Memandangkan semlm makabah dtg rumah bawa buah mangga, maka suami & anak2 pun order kerabu mangga.
Insyallah permintaan mereka x kan saya abaikan. Inilah hasilnya kerabu mangga resepi sndiri.Jom cuba resepi ni mmg sedap kata suami & anak2 saya la..




Kerabu Mangga
  • 3 biji mangga epal muda
  • 5 ulas bawang merah (hiris)
  • 3 biji cili api (nak pedas tmbah lgi ye)
  • 1 kuntum bunga kantan (hiris)
  • 4 sudu makan bilis sangai (tumbuk)
  • 2 btg serai (hiris nipis tumbuk dgn bilis)
  • 2 helai daun limau purut (hiris halus)
  • 2 sudu sunquick oren (ganti dgn cuka)
  • secubit garam
  • 2 sudu makan gula



Cara Membuat :

Semua bahan dicampur dan digaul rata.Siap ! senangkan..

Selamat mencuba










Wednesday, April 2, 2014

JUALAN BORONG TELEKUNG VIETNAM & SULAM/KERAWANG

Jualan Borong Telekung 

Telekung Vietnam Bunga Timbul & Telekung Sulam/Kerawang.
Pelbagai Pilihan Corak Bunga & Warna (secara rawak @ random)
Sulaman Yang Sangat Cantik, Halus, Kemas, Lembut & Selesa
Dipakai.

Min Order 5psg - 10psg

*Telekung Vietnam (8-10kuntum)
Harga Runcit RM65 - 1psg
RM520 - 10psg
RM280 - 5psg

*Telekung Sulam/Kerawang
Harga Runcit RM55 - 1psg
RM450 - 10psg
RM240 - 5psg

Bagi yang berminat boleh hubungi melalui : wspp/email
Whatsapp : 0137385273
Email : rafeahsahari@gmail.com














Wednesday, February 5, 2014

Yummy Pizza !

Assalamualaikum.

Lama rasanya saya tak bersiaran dilaman blog. Alhamdulillah hari ni semangat nak buat pizza da datang.
Tekak ni mcam nak makan pizza je tau. Tapi maklum saja la ye, nak beli kat Pizza Hut confirm beratur pnjang & utk delivery pun kadang2 lmbat. Maka dgn semangat yg rajin ni saya pun memulakan langkah membuat pizza buatan sendiri. Puas hati pizza menjadi & anak2 pun makan dgn sepuas2nya. Layan gambar
seterusnya ye kawan2..










pizza yang dah siap masak
Jemput makan kawan2. Sedap dihidangkan panas dgn sos pilihan masing2 ye. Tapi anak2 saya tak sempat makan dgn sos pun. Da tak tahan bau pizza & nak makan panas2. katanya nak tngok pizza bertali bila ditarik. Memang tertarik & selera. Jom kita layan resepi pizza ni ye..

BAHAN2 DOH PIZZA 
500g  tepung gandum
1 pek yis mauripan
1 sudu teh baking powder
2 sudu makan gula
1 cawan air suam
1 cawan susu dutch lady (susu kotak)
1 sudu teh garam
2 sudu makan majerin 
1 biji telur
sedikit air

BAHAN2 TOPPING
Keju mozarella, mayonis, origano, nanas dlm tin, sosej, crabstick,
daging kisar dan lada bangala.

CARA BUAT PIZZA
Satukan mauripan,gula dan air suam - berbuih. Bancuh susu dan garam.
Campurkan tepung,baking powder dan telur. Gaul sebati. Masukkan bancuhan
mauripan gaul sebati. Masukkan pula bancuhan susu. Jika kurang lembut campur sedikit air.
Campurkan majerin uli seketika (10-15minit). Biarkan doh dalam mangkuk adunan.
Tutup permukaan mangkuk adunan dengan tuala lembap. Biarkan adunan naik sekali ganda.
Apabila doh da kembang tumbuk2 doh agar angin dlm doh keluar.

Sapu permukaan dulang pembakar dgn marjerin. Ratakan adunan doh. Ratakan dgn sos &
mayonis. Taburkan sosej,crabstick,nanas,daging kisar,lada bangala,keju mozarella dan
serbuk origano.
Rehatkan adunan 15minit dan bakar 30minit. Keluarkan dari oven dan makan bersama
sos kegemaran anda..

Selamat mencuba..


Thursday, January 2, 2014

Telekung Sulam Tangan & Telekung Benang Emas

Berminat buat Pre Order!!
Telekung Sulam Tangan 
Telekung Sulam Benang Emas

Cepat Cepat!

Pre Order akan ditutup pada 
29 April 2016
Berminat pm/whatsapp : 0137385273









Thursday, December 12, 2013

Pengalaman Sewaktu Mengandung

Assalamualaikum.

Seronok baca enty dalam blog dan FB mengenai panduan berpantang. Macam baru merasainya. Walhal da 12 thn saya laluinya.

Banyak juga cerita yang alahan sewaktu mengandung. Termasuklah saya. Saya lalui alahan mabuk yang teruk selama 9 bulan. Hingga diatas katil wad bersalin saya masih muntah. Cuba bayangkan betapa sukarnya hari2 yg saya lalui. Tapi saya kena kuat utk saya dan anak dalam kandungan.

Diawal permulaan mengandung alahan saya tak boleh nampak cahaya lampu warna kuning (lampu ditepi jalan raya dan lampu kereta) mesti muntah. Macam tak logikkan tapi itulah yang saya lalui. Saya terpaksa lepaskan jawatan dipejabat kerana terlalu banyak lampu yang saya akan lalui sepanjang jalan ketempat kerja. Setakad pergi kerja baring dan muntah lebih baik saya pilih berhenti kerja .

Selama 9 bulan mengandung saya tak boleh bau nasi dan lauk pauk. Yang boleh masuk hanyalah mee hoon sup. Alahan yang teruk juga menyebabkan saya tidak mampu buat permeksaan bulanan di klinik. Pemeriksaan dilakukan dirumah oleh jururawat2 terlatih dan sesekali keklinik kerana ada temujanji dengan Doktor.

Pertengahan bulan ke 7 saya mengandung anak dalam kandungan disahkan songsang. Ya Allah macam mana la saya nak lalui semua ini. Dengan nasihat yang diberikan oleh Doktor saya boleh terus buat pemeriksaan dirumah (berbayar la ye) dengan alatan mesin untuk pemeriksaan bayi yang songsang. Syukur anak dalam kandungan kembali dalam kedudukan asal.

Saya bersyukur kepada Allah ,walaupun diberi alahan yang teruk tapi proses bersalin sungguh mudah.  Tidak merasai sakit yang lama hanya 10 mimit sahaja. Jururawat yang menyambut bayi saya pun hairan ,mudahnya awak bersalin. Saya katakan padanya saya lalui alahan mabuk selama 9 bulan. Inilah yang Allah bagi susah proses mengandung senang sewaktu bersalin. Semua yang Allah bagi kepada kita ada rahsia disebaliknya .

Oleh itu kepada ibu2 yang mengalami alahan sewaktu mengandung kena banyak2 bersabar. Yang penting jaga kesihatan diri dan kandungan. Bagi yang beragama Islam amalkan zikir,banyakkan baca surah2 al-quran moga dapat menolong kita disaat getir.

Tangkap ayam pasang jerat,
Jerat diatur menunggu mangsa,
Anak harta dunia akhirat,
Anugerah berharga dari yang Esa.

Sekian dulu pengalaman indah dari saya. Yang buruk datangnya dari saya yang baik datangnya dari Allah. Maaf jika tersilap kata.